Pegawai Kesihatan MPKL menampal notis penutupan sebuah premis makanan di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang ketika pemeriksaan pada 10 Mac 2020. Foto ihsan Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Kedai makan kotor, pekerja tidak ambil suntikan imunisasi diarah tutup

BANTING, 13 MAC: Sebuah premis makanan di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang di sini diarah tutup dua minggu susulan penemuan lipas dan najis tikus dalam pemeriksaan 10 Mac lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Mohamad Zain A Hamid berkata pemeriksaan juga mendapati semua pekerja premis makanan terbabit tidak mengambil suntikan imunisasi tifoid untuk pengendali makanan (TY2).

“Arahan penutupan dikeluarkan selepas pemeriksaan pegawai kesihatan MPKL menemui tiga ekor lipas berkeliaran di ruang penyimpanan peralatan termasuk najis tikus,” katanya.

Beliau berkata, MPKL akan terus lakukan pemantauan dan pemilik premis diingatkan mematuhi garis panduan ditetapkan semasa mengendalikan makanan.


Pengarang :