AGENDANASIONAL

Kedutaan, Saudia Airlines bincang usaha bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 MAC: Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan syarikat penerbangan Saudia Airlines sedang berusaha bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali ke tanah air.

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh menerusi satu kenyataan berkata, syarikat penerbangan itu bercadang mendapatkan jumlah rakyat Malaysia bagi membuka penerbangan untuk membawa keluar mereka dari Arab Saudi.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang berhasrat pulang ke tanah air diminta memaklumkan nama, nombor pasport, nombor telefon serta cadangan lapangan terbang berlepas dari Arab Saudi (sama ada lapangan terbang di Riyadh atau Dammam) melalui pautan https://forms.gle/Jt4U4rKAmyP83HsMA.

Menurut kenyataan itu, maklumat berkenaan perlu dikemukakan bermula dari hari ini hingga 1 April.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha pihak Kedutaan dan Saudia Airlines bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali ke tanah air,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, tarikh perjalanan, kos tiket penerbangan dan kaedah pembelian tiket penerbangan masih belum diputuskan Saudia Airlines pada masa ini, besar kemungkinan notis jadual penerbangan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

– BERNAMA


Pengarang :