Dato’ Seri Amirudin Shari mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor pada 16 Mac 2020. Foto Twitter Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kenal pasti kawasan panas Covid-19, Selangor ikut jejak Korea Selatan

SHAH ALAM, 17 MAC: Selangor akan mengenal pasti kawasan panas Covid-19 menggunakan Sistem Penentu Kedudukan Global dan Sistem Maklumat Geografi, kata Dato’ Menteri Besar,

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu sama seperti operasi Korea Selatan yang menggunakan pendekatan ‘seluruh kerajaan dan seluruh masyarakat’ (whole of government, whole of society).

“Untuk itu, pasukan sukarelawan yang disertai Penggerak Belia Tempatan, Pusat Wanita Berdaya, Team Selangor dan agensi Kerajaan Negeri akan ditubuhkan. Kita mahu libatkan seluruh kepimpinan akar umbi bagi mencegah wabak ini.

“Bagi membantu rakyat mendapatkan maklumat terbaharu dan sahih mengenai perkembangan Covid-19 di Selangor, platform komunikasi baharu yang memgumpulkan berita terkini mengenai wabak itu akan diwujudkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor, semalam.

Turut hadir pada mesyuarat kali ketiga itu ialah ketua pasukannya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud.

Pada masa sama, Amirudin berkata aplikasi Smart Selangor Parking yang mempunyai lebih 900,000 pengguna akan dimanfaatkan untuk menghantar maklumat terbaharu yang lebih tepat, pantas dan kerap.

“Kerajaan Negeri amat memerlukan kerjasama erat masyarakat, agensi kerajaan dan swasta bagi membendung penularan Covid-19.

“Oleh itu, rakyat Malaysia yang terlibat dengan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling diseru membuat ujian saringan dan menjalani proses kuarantin yang ketat,” katanya.


Pengarang :