EXCO Kerajaan Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kerajaan Negeri nafi setuju pemusatan bantuan Covid-19

SHAH ALAM, 30 MAC: Kerajaan Negeri menafikan laporan portal The Star mengenai persetujuan dengan cadangan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memusatkan bantuan makanan di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata EXCO kebajikan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata ia tidak tepat kerana Kerajaan Negeri tidak pernah mengadakan perbincangan mahu pun bersetuju atau sebaliknya berhubung pengumuman menteri kanan itu.

“JKM tidak mungkin mampu mengedarkan bekalan kepada rakyat kerana kekurangan kakitangan sekali gus dikhuatiri bantuan tidak sampai ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), malah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka memerlukannya melebihi senarai sedia ada JKM serta zakat.

“Justeru kita meminta majlis keselamatan negara di Selangor membenarkan 10 petugas di setiap pusat khidmat masyarakat DUN dan parlimen untuk menyampaikan bantuan Kerajaan Negeri kepada pihak memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam ketika sidang media di Kuala Lumpur, Ismail Sabri berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenar menghantar bantuan secara terus kepada penerima bagi mengelak mereka terdedah kepada jangkitan Covid-19.


Pengarang :