Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes Covid-19 dijangka naik mendadak pertengahan April, KKM siap sedia

SHAH ALAM, 28 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) giat membuat persiapan bagi berdepan kemungkinan berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 pada pertengahan April depan, kata ketua pengarah kesihatan.

“Kita jangka ada peningkatan mendadak kes pada pertengahan April,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah  pada sidang media hariannya di KKM Putrajaya hari ini.

Beliau berkata sebanyak 600 katil disediakan di dewan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) mulai esok sebagai tambahan kepada 5,292 katil iaitu 3,400 di hospital seluruh negara dan bakinya di institut latihan KKM

Dr Noor Hisham berkata agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan dan majlis daerah giat menjalankan pembersihan dan nyahkuman di semua lokasi berisiko bagi membendung penularan Covid-9.

“Selepas ini proses kedua akan dijalankan iaitu mencari dan menguji individu (di lokasi berisiko) bagi mengesan sama ada mereka positf atau sebaliknya sebelum memberikan rawatan,” katanya.


Pengarang :