Petugas Kementerian Kesihatan bertungkus-lumus menjalankan saringan Covid-19 di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur. Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Kes positif Covid-19 naik lebih sekali ganda dalam seminggu

SHAH ALAM, 25 MAC: Kes-kes individu positif Covid-19 didapati meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya seminggu, kata perdana menteri.

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tujuh hari lalu, jumlah keseluruhan hanya 673 kes namun kemudian meningkat kepada 1,796 kes sehingga jam 12 tengah hari ini.

“Jumlah kematian juga telah meningkat kepada 17 orang termasuk seorang doktor.

“Majlis Keselamatan Negara juga memaklumkan jumlah mangsa Covid-19 mungkin meningkat berkali-kali ganda lagi seperti yang berlaku di beberapa buah negara lain,” katanya.

Oleh itu, kata Muhyiddin, kerajaan menjangka kes baharu mangsa dijangkiti Covid-19 akan terus meningkat dalam masa terdekat.


Pengarang :