Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Ekspo Hasil Suri Selangor 2020 di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam pada 7 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Ketiadaan EXCO tidak jejaskan pelancongan Selangor

SHAH ALAM, 7 MAC: Aktiviti dan program pelancongan di Selangor tidak terjejas susulan kekosongan kerusi EXCO, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai agensi berkaitan antaranya Tourism Selangor untuk mempromosi produk pelancongan.

“Ketiadaan EXCO pelancongan akan dibincangkan kemudian sama ada, ada keperluan untuk mengisi jawatan ini atau sebaliknya.

“Pentadbiran Selangor tidak lagi dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan ia adalah keputusan terbaik buat masa ini,” katanya ditemui pemberita selepas menghadiri Ekspo Hasil Suri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Pada 5 Mac pentadbiran Kerajaan Negeri tidak lagi dianggotai Bersatu selepas mengambil kira dinamik politik semasa pada peringkat Persekutuan.

Keputusan tersebut bagi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya kestabilan dan perpaduan negeri dikekalkan.

Sebelum ini EXCO pelancongan disandang Dato’ Abdul Rashid Asari.


Pengarang :