AGENSISELANGOR

Khidmat baca meter dihenti, pelanggan terima bil air anggaran

SHAH ALAM, 19 MAC: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghentikan sementara khidmat baca meter dan permohonan baharu bekalan air bermula 19 hingga 31 Mac ini, kata ketua komunikasi korporatnya.

Abdul Halem Mat Som berkata tindakan diambil susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac lalu.

“Dalam tempoh penangguhan ini, pelanggan akan menerima bil anggaran pada setiap bulan.

“Air Selangor berharap pelanggan memahami dan turut memberikan kerjasama dalam mengawal penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pelanggan yang mempunyai urusan lain atau pertanyaan boleh melakukan secara atas talian bagi perkhidmatan seperti berikut:

Urusan

1) Pendaftaran e-bil & Semak Bil
– https://update.airselangor.com/my
– Aplikasi Air Selangor (Muat Turun daripada Google Play & Apple Store)
– Portal perkhidmatan pelanggan Air Selangor di https://crisportal.airselangor.com/

2) Pendaftaran Rakan Niaga
– https://www.airselangor.com/business-with-us/contractor-vendorsupplier-plumber-regisration-guideline
[email protected]

3) Portal Pembekal
– https://egek.login.ap1.oraclecloud.com/
[email protected]

4) Pembayaran Bil Air Pukal Akaun ebiz sahaja
– https://ebiz.airselangor.com/epayment/

5) Aduan Pertanyaan
– Aplikasi Telefon Pintar Air Selangor
– Pusat Panggilan 15300
– Facebook “Air Selangor” dan Twitter @air_selangor
– Laman sesawang Air Selangor di https://www.airselangor.com/
– Emel [email protected]

6) Pembayaran Bil
– Jompay (Biller Code: 4200)
– Aplikasi Air Selangor (Muat Turun daripada Google Play & Apple Store)
– Portal Perkhidmatan Pelanggan Air Selangor di https//crisportal.airselangor.com/
– Ejen Kutipan Berdaftar Air Selangor (sila rujuk di belakang bil air)


Pengarang :