ADNSELANGOR

Khidmat hantar barang percuma buat warga emas di Subang Jaya

SHAH ALAM, 24 MAC: Prihatin nasib warga emas yang tinggal bersendirian, Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya menawarkan khidmat hantar barang percuma kepada golongan itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Michelle Ng Mei Sze berkata memasuki hari ketujuh PKP, perkhidmatan berkenaan mendapat sambutan menggalakkan.

“Sukarelawan akan menghantar barang runcit yang ditempah dalam tempoh 24 jam antara jam 10 pagi hingga 5 petang.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, sukarelawan yang menghantar barang kepada warga emas mengamalkan jarak sosial selamat,” katanya.

Michelle berkata sebelum menawar khidmat tersebut, pihaknya membuat lawatan di kawasan pentadbirannya di Subang Jaya bagi mengenal pasti lokasi warga emas yang tinggal bersendirian.

“Warga emas yang menempah barang perlu menyediakan wang mencukupi. Resit pembelian dikeluarkan sebagai pengesahan penerimaan barang belian,” jelasnya.

Warga emas boleh menghubungi WhatsApp atau sistem pesanan ringkas di talian 017-299 5975 atau 017-382 0938 jika memerlukan khidmat penghantaran percuma.


Pengarang :