Seorang lelaki dilihat melintasi jambatan ketika tinjauan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan terhadap rakyat di negara ini ketika tinjauan pada 20 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KKM: Individu tiada simptom boleh jalani ujian Covid-19 di rumah

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Orang awam yang tidak mempunyai gejala, boleh menjalani ujian Covid-19 di rumah tanpa hadir ke fasiliti kesihatan, maklum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian berkata hasil kerjasama swasta, mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan berkenaan boleh melawat laman sesawang dan memuat turun aplikasi berkaitan, bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel.

“Bagaimanapun, perkhidmatan pengambilan sampel Covid-19 ini akan dikenakan caj,” menurut kenyataan yang menjawab soalan lazim.

KKM turut memaklumkan buat masa ini, perkhidmatan berkenaan disediakan seperti:
-Bookdoc
-Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
-Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
-Qualitas Medical Group Sdn Bhd
-Gleneagles Kuala Lumpur
-Pantai Hospital Kuala Lumpur
-Pantai Hospital Cheras
-Pantai Hospital Klang
-Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka
-Twin Tower Medical Centre, KLCC
-DoctorOnCall

Orang ramai yang berminat boleh melayari laman sesawang syarikat tersebut untuk maklumat lanjut.

Sementara itu KKM mengesyorkan orang ramai menggunakan penutup mulut dan hidung ‘surgical’ atau tiga lapis untuk membantu mengurangkan penularan Covid-19 berbanding jenis N95.

Katanya, penutup mulut dan hidung N95 lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya sukar bernafas.

“Ia lebih sesuai digunakan oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan, manakala tiga lapis lebih praktikal untuk digunakan orang awam.

“Ini kerana ia mampu menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini,” kata kenyataan itu.

-BERNAMA


Pengarang :