Foto Twitter KKM
AGENDANASIONAL

KKM lancar lima kaedah ambil ubat mudahkan pesakit

SHAH ALAM, 26 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan beberapa kaedah bagi memudahkan orang awam mendapatkan bekalan ubat masing-masing.

Antaranya penghantaran ubat melalui pos, temu janji farmasi, sistem pendispensan ubat bersepadu, pandu lalu dan Locker4u.

“Perkhidmatan mengambil bekalan ubat ini ditawarkan di fasiliti KKM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Bagaimanapun, jenis perkhidmatan yang ditawarkan mungkin berbeza di setiap fasiliti,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Melalui perkhidmatan pos, ubat akan terus dihantar ke rumah pesakit manakala temu janji farmasi memerlukan pesakit menetapkan masa terlebih dahulu bagi membolehkan KKM menyediakan bekalan ubat.

Kaedah pandu lalu memudahkan pesakit mengambil ubat melalui kaunter atau menggunakan kaedah Locker4u, iaitu ubat diletakkan dalam loker disediakan.

Untuk sistem pendispensan ubat bersepadu, pesakit boleh mendapatkan bekalan melalui fasiliti KKM.


Pengarang :