AGENDANASIONAL

KKM: Lindungi lima golongan mudah dijangkiti virus

SHAH ALAM, 21 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan lima golongan yang perlu dilindungi kerana memiliki sistem imuniti badan rendah dan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Golongan tersebut adalah warga emas, kanak-kanak, wanita mengandung, pesakit kronik seperti diabetes, hipertensi, jantung dan asma serta pesakit imuniti rendah iaitu kanser dan virus kurang imun manusia (HIV).

“Anak-anak, lindungi ibu bapa anda. Jangan merayau dan bawa pulang penyakit Covid-19. Duduk rumah, lindungi diri dan keluarga,” katanya melalui hantaran di Twitter.

KKM turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berkunjung ke kawasan tumpuan ramai, mengekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter, menjaga kebersihan diri, makan makanan seimbang serta kekal aktif.


Pengarang :