Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua berita Covid-19 yang tular di media sosial adalah palsu. Sumber: Facebook: KKM
AGENDANASIONAL

KKM nafi dua berita tular, minta orang berhati-hati

SHAH ALAM, 29 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua berita berkenaan Covid-19 yang tular di media sosial adalah palsu.

“Jangan jadikan sumber tidak sah sebagai tempat rujukan anda,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Berita palsu pertama membabitkan status meminta orang ramai berjaga-berjaga kerana akan berlaku penyebaran virus Covid-19 gelombang ketiga.

Status berkenaan mendakwa gelombang ketiga akan bermula 31 Mac ini selain meminta orang awam tidak keluar pada waktu hujan dan senja kerana virus aktif pada waktu itu.

Berita kedua berkenaan permintaan kepada warga Rohingya yang tinggal di Kampung Pandan untuk membuat saringan susulan seorang dari mereka dikenalpasti positif Covid-19 dan ditempatkan di Hospital Sungai Buloh.


Pengarang :