Kakitangan pembersihan, Rohaya Osman, 57, membersihkan besi pemegang pintu menggunakan cecair pembasmi kuman sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan Covid-19 di Terminal Feri Kuala Kedah pada 15 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KKM: Premis ada kes Covid-19 perlu tutup serta-merta

SHAH ALAM, 16 MAC: Semua premis yang disahkan positif Covid-19 perlu ditutup serta-merta bagi menjalani proses pembersihan segera, kata menteri kesihatan.

Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kesemua premis termasuk masjid dan institusi pengajian tinggi yang positif wabak tidak perlu menunggu pengesahan rasmi kementerian bagi menutup premis masing-masing, lapor Berita Harian.

“Tidak perlu arahan lanjut Kementerian Kesihatan bagi arahan penutupan kerana sebaik sahaja terdapat kes Covid-19, premis terbabit perlu dibersihkan serta-merta.

“Perlu diingatkan titisan air liur sama ada daripada bersin atau batuk pesakit Covid-19 amat merbahaya dan perlu dibersihkan serta-merta bagi mengelakkan penularan kepada individu lain,” katanya.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 190 kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes.


Pengarang :