Foto Facebook Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

KKM sedia khidmat psikososial, nasihat lupus penutup mulut cara betul

SHAH ALAM, 25 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Medical Relief Society (Mercy Malaysia) menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Menerusi kenyataan, KKM memaklumkan perkhidmatan itu dikendalikan petugas psikologi KKM dan sukarelawan Mercy Malaysia.

Mana-mana individu termasuk petugas barisan hadapan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian 011-6399 6482, 011-6399 4236 atau 03-2935 9935.

Waktu operasi perkhidmatan tersebut bermula jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Sementara itu, KKM turut menasihat orang ramai melupuskan penutup mulut dan hidung cara yang betul menerusi empat langkah dicadangkan.

1. Koyakkan bahagian tepi tali penutup mulut

2. Lipat ke arah dalam penutup mulut dan hidung dengan kemas sebelum ikat guna tali yang telah dikoyakkan

3. Buang ke dalam tong sampah yang bertutup

4. Orang ramai perlu mencuci tangan dengan air dan sabun selepas membuang penutup mulut dan hidung


Pengarang :