Petugas kesihatan yang mengenakan pakaian keselamatan menunggu pesakit di sebuah khemah yang dikhaskan untuk ujian Covid-19 di Kuala Lumpur pada 23 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KKM wujud tabung khas, beli keperluan pasukan barisan hadapan

SHAH ALAM, 31 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan Akaun Amanah Khas bagi membolehkan masyarakat menyalurkan sumbangan buat petugas barisan hadapan yang berusaha mengekang wabak Covid-19.

Ketua setiausahanya, Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min berkata hasil sumbangan itu digunakan untuk membeli alat kelengkapan seperti  alat pembantu pernafasan (ventilator), ubat-ubatan serta keperluan perubatan lain berkaitan dengan fasiliti KKM.

Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Amanah Khas KKM iaitu 26601600023475 (RHB Bank) atas nama Sumbangan Perubatan KKM.

“Untuk makluman, KKM tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai ejen untuk melaksanakan kutipan sumbangan.

“Ini kerana kami mendapat makluman bahawa terdapat tabung yang ditubuhkan oleh pihak lain untuk kutipan Covid-19 atas nama KKM,” katanya dalam kenyataan semalam.

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman sosial rasmi KKM dan juga Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan maklumat sah berkenaan sumbangan.

Sebarang pertanyaan berhubung cubaan pemalsuan sumbangan, orang ramai boleh menghubungi talian 0388833111 atau emel kepada [email protected].

 


Pengarang :