Anggota tentera Korea Selatan memakai pakaian keselamatan menyembur bahan kimia nyah kuman bagi membendung Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu pada 6 Mac 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Korea Selatan bakar wang kertas elak Covid-19

SHAH ALAM, 6 MAC: Bank Pusat Korea Selatan melakukan pengasingan wang kertas selama dua minggu dengan sebahagiannya dibakar bagi menghapuskan sebarang kesan wabak Covid-19.

Bank of Korea (BOK) memaklumkan prosedur itu adalah cara wang kertas ‘dicuci’ dengan melalui proses pemanasan tinggi sebelum ia diedarkan semula, lapor Reuters.

“Semua wang tunai yang tiba di bank pusat dari bank tempatan, akan disimpan dua minggu memandangkan virus itu mati selepas sembilan hari,” katanya.

Memanaskan wang kertas sehingga 150 darjah Celsius selama dua hingga tiga saat sebelum digunakan kini menjadi perkara biasa di negara itu.

Awal Jumaat Korea Selatan mengesahkan 196 kes baharu Covid-19 di negara itu dengan hampir 100 negara lain turut terkesan.

Peningkatan mendadak wabak itu telah menyebabkan beberapa negara mengenakan sekatan ke atas pelancong Korea Selatan.

Dalam temph 24 jam lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan seramai 90,870 orang dengan 1,922 mangsa baharu disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia.

Dalam tempoh sama,  China merekodkan seramai 80,304 orang dengan 130 kes baharu dijangkiti virus tersebut. Angka kematian di republik itumencecah 2,946 orang sehingga kini.


Pengarang :