Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Dato’ Haris Kasim (dua, kiri) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Khas Datuk Bandar 2019 ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Bandaraya Shah Alam Tahun 2019 di Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 13 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kreatif, inovatif depani gelombang Revolusi Industri 4.0

SHAH ALAM, 14 MAC: Penjawat awam perlu lebih kreatif dan inovatif dalam meningkatkan sistem penyampaian kepada masyarakat sejajar dengan gelombang Revolusi Industri 4.0, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebaran maklumat menerusi media sosial menjangkaui media arus perdana apabila ia menjadi sumber utama rakyat mendapatkan maklumat terkini.

“Hari ini, perkara yang berlaku di seluruh dunia dapat diakses dan diketahui dalam tempoh singkat seperti isu berkaitan Covid-19.

“Ini adalah kuasa teknologi maklumat dan kita perlu peka, merebut peluang dan mengguna pakai teknologi berkenaan yang dapat menjimatkan masa serta mengurangkan kerenah birokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSA 2019 di Setia Alam Convention Centre, di sini, malam tadi.

Turut hadir Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim dan timbalannya, Mohd Rashidi Ruslan.

Amirudin berkata sebagai tulang belakang Kerajaan Selangor, penjawat awam perlu memberikan yang terbaik supaya rakyat terus menikmati manfaat sebagaimana yang dihasratkan oleh kepimpinan negeri.


Pengarang :