Pasukan polis dibantu tentera melakukan sekatan jalan raya di Jalan Ampang pada 23 Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Laluan khas di sekatan jalan elak petugas hadapan terkandas

SHAH ALAM, 28 MAC: Polis buka laluan khas di semua sekatan jalan bagi memastikan kenderaan membawa makanan dan petugas barisan hadapan tidak terkandas di lokasi pemeriksaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berkata, laluan khas juga bagi memastikan sekatan jalan raya di seluruh negara tidak menjejaskan tugas-tugas penting yang dilakukan semua pihak ketika ini.

“Laluan khas memudahkan doktor, jururawat, askar, bomba dan pihak-pihak yang membawa bekalan makanan serta keperluan rakyat sampai ke destinasi dengan cepat,” kata JSPT dalam kenyataan di Facebook malam tadi.


Pengarang :