AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lima jurunikah Jais negatif Covid-19

SHAH ALAM, 29 MAC: Lima jurunikah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang disyaki positif Covid-19 ketika proses akad nikah disahkan negatif virus itu, kata pengarahnya.

Mohd Shahzihan Ahmad berkata mereka juga tidak perlu menjalani ulangan saringan kerana tiada simptom seperti demam, batuk berpanjangan dan sukar bernafas.

“Tempoh kuarantin tiga daripadanya tamat semalam (Jumaat) manakala dua lagi masing-masing esok (hari ini) dan Isnin,” katanya kepada Selangorkini malam tadi.

Pada 17 Mac lalu, Jais mengeluarkan pekeliling menetapkan akad nikah boleh dijalankan tanpa kenduri untuk meraikan majlis perkahwinan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac.

Majlis hanya boleh diadakan di premis persendirian, dihadiri seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua saksi serta dua wakil pengantin lelaki dan perempuan.

Bagaimanapun, Jais mengambil keputusan menangguhkan urusan itu berikutan beberapa jurunikah disyaki Covid-19 ketika melaksanakan akad.


Pengarang :