Orang ramai membeli barang keperluan di Pasar Kajang pada 19 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNAGENDA

MB: ADN boleh guna RM30,000 bantu rakyat terkesan Covid-19

SHAH ALAM, 20 MAC: Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 memberi kelonggaran kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk menggunakan peruntukan sehingga RM30,000 bagi membantu rakyat yang terkesan dengan wabak itu, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penggunaan khas dari peruntukan mesra rakyat boleh disalur kepada rakyat untuk membeli barang keperluan harian.

“Peruntukan minimum untuk inisiatif ini berjumlah RM1.68 juta,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan pakej rangsangan itu, di sini hari ini.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri mencuba sebaik mungkin bagi meringankan beban rakyat serta menampan derita kewangan mereka yang terkesan.

“Kerajaan Negeri prihatin dan bersedia mendengar sebarang cadangan untuk menambahbaik perbelanjaan fiskal negeri demi kemaslahatan rakyat,” katanya.


Pengarang :