Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Main peranan masing-masing cegah Covid-19

SHAH ALAM, 28 MAC: Dato Menteri Besar mengajak rakyat supaya terus memainkan peranan masing-masing termasuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mencegah penularan Covid-19.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sehingga kini 95 peratus rakyat mematuhi arahan PKP yang tempohnya dilanjutkan sehingga 14 April depan.

“Sama-sama kita memainkan peranan masing-masing untuk mencegah penularan Covid-19. Kita boleh,” katanya di sini, hari ini.

Berdasarkan statistik terkini, Malaysia mencatatkan 2,161 kes positif Covid-19 dan daripada jumlah itu seramai 259 pesakit berjaya dipulihkan manakala 26 kematian.

Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 546 kes dan pertambahan 36 kes yang direkodkan sehingga jam 12 tengah hari semalam.


Pengarang :