Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media pengumuman Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar di Seksyen 7 Shah Alam pada 20 Mac 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB seru duduk rumah, jangkitan baharu Covid-19 Malaysia turun, Selangor naik

SHAH ALAM, 25 MAC: Kes Covid-19 di Selangor meningkat walaupun taburan kes di negara ini menunjukkan penurunan semalam, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata daripada 106 kes baharu dicatatkan di seluruh negara sehingga 24 Mac, 27 kes berlaku di Selangor.

“Justeru, seluruh rakyat Selangor dan Malaysia perlu meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan dengan berdisiplin.

“Kekalkan cara hidup sihat dengan mencuci tangan mengguna sabun dan cecair pembasmi kuman,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Amirudin turut menasihati mana-mana individu yang mempunyai gejala demam, batuk dan selesema agar segera merujuk ke pusat-pusat kesihatan.

“Dalam al-Quran pada Surah Al Baqarah ayat 195, janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan,” katanya.

Mengikut rekod, empat daerah yang mencatatkan taburan kes Covid-19 tertinggi sehingga semalam ialah Petaling dengan 158 kes, Hulu Langat (103), Gombak (50) dan Klang (28).

Kuala Selangor  pula mencatatkan 17 kes,  sementara Sepang (9), Kuala Langat (8) dan Hulu Selangor (5).

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr  Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 106 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 meningkat kepada 1,624 kes.


Pengarang :