Dato’ Seri Amirudin Shari ditemu bual media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Rendah Agama Selayang Baru Kali Ke-16 pada 7 Mac 2020. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dua kematian Covid-19 di Selangor, MB ucap takziah

SHAH ALAM, 27 MAC: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa Covid-19 di Selangor, kes kematian pertama dan kedua di negeri ini semalam sejak wabak itu melanda negara.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua mangsa tersebut,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari melalui hantaran di Twitter malam tadi.

Beliau turut meminta rakyat negeri ini patuh kepada arahan duduk rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini berikutan Selangor negeri paling banyak kes positif virus itu.

“Kita harus menang dalam perjuangan ini,” katanya.

Setakat 6 petang semalam, 510 daripada 2,031 kes positif Covid-19 di negara ini berlaku di Selangor. Jumlah itu meningkat 75 kes tetapi tiada kematian setakat kelmarin.


Pengarang :