Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berucap pada Majlis Anugerah Komuniti Mampan Petaling Jaya pada 12 Disember 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBPJ sokong pengecualian sewa, hilang hasil bukan ukuran

SHAH ALAM, 22 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyokong pengecualian sewa bagi meringankan beban peniaga susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan membendung penularan Covid-19.

Datuk Bandarnya Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata kehilangan hasil bukan ukuran ketika ini, sebaliknya rakyat perlu patuh terhadap arahan tersebut sehingga 31 Mac ini.

“Kehilangan hasil bukan perkara penting untuk kita tekankan, sebaliknya kita minta orang ramai patuh kepada arahan yang dikeluarkan dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri serta melakukan jarak sosial,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, hari ini.

Seramai 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis diberikan pengecualian sewa dan insentif sekali bayar RM500 melalui Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 yang diumumkan 20 Mac lalu.

Permohonan dibuka mulai 1 hingga 30 April ini dan pembayaran akan dibuat selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.


Pengarang :