Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

MBSA: Kekal di rumah, jangan terlibat aktiviti luar

SHAH ALAM, 23 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meminta orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti luar dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini, kata ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya.

Shahrin Ahmad berkata, peringatan itu diberikan apabila penguat kuasa MBSA mengesan seorang individu melakukan aktiviti riadah di sebuah taman permainan di Seksyen 9 di sini.

“Teguran telah diberikan kepadanya dan beliau beredar dari lokasi berkenaan. Bagaimanapun hasil rondaan dilakukan menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah orang berkumpul berkurangan serta premis perniagaan menutup operasi seperti diarahkan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, MBSA turut membuka Bilik Gerakan Covid-19 di tingkat 1 Wisma MBSA bermula jam 9 pagi hingga 4 petang setiap hari untuk memastikan informasi berkaitan dapat disalurkan kepada orang awam.


Pengarang :