Pihak berkuasa MBSA menyita persiapan majlis Karnival Ulang Tahun Lazada Ke-8 di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 26 Mac 2020. Foto ihsan Facebook MBSA
PBTSELANGOR

MBSA sita persiapan majlis ulang tahun Lazada tanpa permit

SHAH ALAM, 27 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyita persiapan majlis Karnival Ulang Tahun Lazada Ke-8 di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini kerana tidak mendapat kelulusan, kata ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya.

Shahrin Ahmad berkata tindakan diambil oleh Jabatan Pelesenan MBSA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan operasi di premis terbabit semalam.

“Semasa serbuan, sekumpulan kakitangan sedang membuat persiapan untuk karnival yang dijadual berlangsung dua hari bermula semalam dan hari ini,” kata beliau dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, MBSA tidak pernah memberi permit hiburan kepada mereka untuk menganjurkan karnival terrsebut, malah penganjur tidak memperolehi permit daripada polis.

Justeru, Shahrin mengingatkan semua pihak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan bagi menangani wabak Covid-19.

Lazada adalah platform e-dagang terkemuka Asia Tenggara dan pernah mencatatkan kunjungan pengguna sehingga 10 juta ketika festival jualan 11.11 pada hujung tahun lalu


Pengarang :