PBTSELANGOR

MPKL kuat kuasa peraturan Pasar Awam Banting

BANTING, 22 MAC: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menguatkuasakan peraturan bagi mengelak kesesakan semasa urusan jual beli di Pasar Awam Banting, kata yang dipertuanya.

Mohamad Zain A Hamid berkata pihaknya hanya membuka satu pintu masuk dan membenarkan seorang wakil setiap keluarga memasuki pasar berkenaan.

“Setiap pembeli harus memastikan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter dari pembeli lain ketika menjalankan urusan.

“Pembeli tidak digalakkan untuk mengerumuni meja jual selain dinasihatkan memakai sarung tangan dan penutup muka,” katanya dalam kenyataan semalam.


Pengarang :