PBTSELANGOR

MPS: Satu laluan masuk pasar, seorang wakil keluarga dibenarkan

SHAH ALAM, 22 MAC: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menguatkuasakan peraturan membuka satu pintu masuk dan membenarkan seorang wakil keluarga sahaja membeli barangan keperluan di pasar awam Selayang.

Yang Dipertuanya Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata langkah tersebut dilakukan bagi mengurangkan kesesakan dan orang ramai diminta mematuhi peraturan berkenaan.

“Setiap pembeli harus memastikan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter dari pembeli lain ketika menjalankan urusan. Pembeli tidak digalakkan untuk mengerumuni meja jual serta digalakkan untuk memakai sarung tangan dan penutup muka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemantauan hari kelima memfokuskan kawalan keluar masuk orang ramai di pasar-pasar awam melibatkan seramai 35 anggota dari Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS.

Setakat ini keadaan di seluruh pasar awam terkawal dan orang ramai mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan berharap keadaan ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19, katanya.


Pengarang :