Kerajaan menambah 830 jururawat lantikan secara kontrak bagi menambah kapasiti petugas di 135 hospital kerajaan di seluruh negara memandangkan bilangan kes positif Covid-19 semakin ketara sejak minggu lepas. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pakej Rangsangan Selangor: Insentif suntik semangat petugas perubatan

SHAH ALAM, 21 MAC: Insentif RM200 diberikan Selangor kepada petugas perubatan diharap menyuntik motivasi mereka yang bertungkus-lumus memerangi Covid-19, kata pengarah kesihatan negeri.

Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata bantuan secara sekali bayar mengurangkan beban petugas terutama untuk membayar kos penjagaan anak disebabkan terpaksa bekerja lebih masa di hospital.

“Sudah tentu kami amat menghargai sumbangan diberikan, malah ia menunjukkan keperihatinan Kerajaan Negeri kepada petugas kesihatan yang terlibat secara langsung memerangi penularan wabak.

“Petugas kesihatan bekerja tanpa henti sejak penularan wabak dan kami berusaha memastikan rawatan dan pencegahan diberikan kepada rakyat pada tahap terbaik,” katanya kepada SelangorKini, semalam.

Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 yang diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, semalam memperuntukkan RM200 seorang kepada 6,000 petugas hospital di seluruh negeri.


Pengarang :