Pasukan Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor termasuk Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman (depan, dua dari kanan) bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada 17 Mac 2020. Foto Instagram Selangor Royal Official
AGENDANASIONAL

Pasukan petugas khas Covid-19 menghadap Sultan Selangor

SHAH ALAM, 18 MAC: Pasukan petugas Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, semalam.

Pejabat Istana Selangor dalam kenyataan berkata baginda ingin mendapatkan pandangan serta perkembangan mutakhir berkaitan wabak seterusya mengambil langkah wajar.

“Turut menghadap ialah wakil Jabatan Mufti, Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor,” kata kenyataan itu.

Majlis tindakan yang ditubuhkan pada 10 Mac lalu bertujuan memantau dan mencegah penularan wabak Covid-19 di seluruh negeri dengan kerjasama Pusat Arahan Smart Selangor.

Pasukan tersebut diketuai mantan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Christopher Lee Kwok Choong, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Datuk Dr Fadzilah Kamaludin, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman dan Dr Yap Wei Aun.


Pengarang :