EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi Dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

PBT Selangor diseru bina pusat kitar semula – EXCO

SHAH ALAM, 6 MAC: EXCO alam sekitar menggesa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mewujudkan pusat kitar semula bagi mengurangkan jumlah sampah dihantar ke tapak pelupusan.

Hee Loy Sian berkata Kerajaan Negeri sedia membantu PBT membina pusat tersebut menerusi peruntukan belanjawan yang diumumkan pada November tahun lalu.

“PBT yang belum ada pusat kitar semula harus mencontohi Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang yang sudah ada pusat kitar semula.

“Jika PBT ada pusat kitar semula, semua sampah yang dikutip dapat diasingkan terlebih dahulu sebelum dikitar semula,” kata ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, baki sampah yang tidak boleh dikitar semula baru dihantar ke tapak pelupusan.

Pada Belajawan #Selangor2020, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Kerajaan Negeri akan memberi fokus untuk mewujudkan pusat kitar semula yang komprehensif di semua PBT.

Setiap PBT diperuntukkan RM600,000 bagi membina pusat itu.


Pengarang :