AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pemuliharaan terancang tingkat kualiti sungai, ekosistem – Sultan Selangor

SHAH ALAM, 16 MAC: Konservasi terancang dengan penglibatan pelbagai pihak merupakan aspek utama dalam memastikan peningkatan kualiti air sungai dan penjagaan ekosistem persekitarannnya, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada tahun lalu terdapat kira-kira 16 ‘sahabat sungai’ diwujudkan di lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang bagi menjaga sumber alam itu.

“Pembangunan Blue Print Pemuliharaan Sungai Negeri Selangor (2020-2025) akan dilaksanakan melibatkan pelbagai peringkat seperti pendidikan alam sekitar dengan kolaborasi Institusi Pendidikan dan badan-badan bukan kerajaan.

“Turut membantu pembangunan itu ialah program Konvensyen Rakan Sungai Negeri Selangor, Program Sungai Angkat Negeri Selangor, Konsep Goes Green selain kempen dan promosi konservasi sungai secara berterusan melalui media sosial,” titah baginda ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kali Ke-14 Tahun 2020 di Bangunan Annex hari ini.

Baginda bertitah pada tahun ini disasarkan sebanyak 21 ‘sahabat sungai’ dapat diwujudkan dengan kerjasama pelbagai pihak dalam misi menjaga sungai.

Titah baginda lagi, konsep ‘gotong-royong’ secara mingguan menjadi tonggak utama dalam memastikan kesepaduan dan kesinambungan berterusan semua pihak dalam aktiviti memulihara sungai yang dicintai.


Pengarang :