Selangorkini
Tun Dr Mahathir menghabiskan masa dengan membaca buku sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Foto Instagram Dr Mahathir Mohamad
AGENDA NASIONAL

Perintah kawalan: Aktifkan minda, Tun M ajak rakyat membaca

SHAH ALAM, 26 MAC: Rakyat digalak menghabiskan masa dengan membaca sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berusia 94 tahun turut menyarankan rakyat bersenam untuk memastikan anggota badan tidak lemah.

“Gunakan akal fikiran kita sebaiknya, saya juga bersenam tetapi pada masa sama tidak lupa aktifkan akal fikiran melalui pembacaan.

“Saya tidak boleh duduk sahaja tanpa buat apa-apa, sekurang-kurangnya kena ada surat khabar, majalah atau novel. Apabila membaca barulah kita rasa tempoh kawalan pergerakan ini tidak begitu lama,” katanya melalui bual bicara langsung di Instagram, hari ini.

Dalam segmen kendalian selebriti terkenal Neelofa mendapat tontonan lebih 11,000 pengguna, Dr Mahathir juga berkongsi minat terbaharunya membaca buku sejarah Mongolia, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Malaysia dan mengajak rakyat bersama-sama menghayatinya.

“Jika di sekolah dahulu saya lebih banyak belajar sejarah Eropah, jadi sekarang adalah masa terbaik untuk belajar sejarah negara berkenaan,” katanya lagi.


Pengarang :