Imej komputer yang dihasilkan oleh Nexu Science Communication bersama Kolej Trinity College di Dublin menunjukkan struktur model betakoronavirus, yang dikaitkan dengan Covid-19, dikongsi bersama REUTERS pada 18 Februari 2020.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Perintah kawalan: KKM siap berdepan ‘tsunami’ ketiga Covid-19

SHAH ALAM, 27 MAC: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana kerajaan kini sebahagian persediaan berdepan tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu susulan sejumlah besar rakyat Malaysia bercuti ke luar negara ketika cuti sekolah pertengahan bulan ini.

“Kami menjalankan PKP sebagai persiapan untuk ekspektasi kami, di mana tiga minggu lalu kami fikir akan ada gelombang ketiga, atau apa yang kami panggil tsunami,” katanya seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Beliau juga mendapati ramai rakyat negara ini bercuti ke Jepun dan Korea walaupun kedua-dua negara tersebut berisiko tinggi untuk dilawati, selain Itali dan Iran.

Dr Noor Hisham turut mendedahkan terdapat 8,000 kakitangan kementerian diberi kelulusan untuk bercuti ke luar negara.


Pengarang :