Pemandangan udara di sekitar kawasan Plaza Tol Jalan Duta di bawah kendalian PLUS. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Perintah kawalan: Lebuh raya PLUS masih boleh digunakan

SHAH ALAM, 23 MAC: Pengguna jalan raya masih boleh menggunakan semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

Jurucakap syarikat konsesi itu berkata sekatan jalan raya hanya akan dilakukan di beberapa lokasi masuk lebuh raya antaranya Tol Jalan Duta, Ayer Keroh dan Sungai Besi.

“Keadaan trafik keluar masuk di semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS berjalan lancar. Kami membantu polis dan agensi kerajaan lain melaksanakan sekatan jalan raya bermula semalam.

“Trafik juga berkurangan dengan mendadak, namun rondaan tetap dilakukan pasukan peronda lebuh raya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Menurutnya, hanya satu lorong masuk dibuka bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan yang masuk ke lebuh raya dan mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan.

Sementara itu, katanya, kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya beroperasi seperti biasa, namun terdapat kedai makan di beberapa kawasan tidak dibuka.


Pengarang :