AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 27 Mac ditunda

SHAH ALAM, 6 MAC: Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 hari ini sebulat suara memutuskan penangguhan acara tersebut ke suatu tarikh yang akan diputuskan kelak.

Tanpa menjelaskan puncanya, Pengerusi Jawatankuasa Induknya Mohd Khair Ngadiron dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan PBAKL 2020 dalam talian tetap diteruskan pada 27 Mac hingga 5 April.

Sebelum ini, pesta buku anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dijadual berlangsung pada 27 Mac hingga 5 April di Pusat Dagagan Dunia Putra, Kuala Lumpur.


Pengarang :