Penumpang penerbangan mengenakan topeng muka sebagai perlindungan susulan penularan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 19 Februari 2020. Foto AFP
AGENDASUKANKINI

Pesuruhjaya sukan nasihat tangguh acara tempatan, antarabangsa

SHAH ALAM, 13 MAC: Pesuruhjaya Sukan Malaysia menasihatkan semua penganjuran acara sukan tempatan dan antarabangsa ditangguhkan susulan penularan wabak Covid-19.

Menurut pesuruhjaya itu, orang awam diminta mematuhi arahan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mencegah kemungkinan jangkitan wabak.

“Semua acara sukan ditangguhkan ke suatu tempoh yang akan ditetapkan pihak berkuasa,”katanya dalam kenyataan semalam.

KKM semalam mengesahkan sembilan kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif positif virus sebanyak 158 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak enam kes pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan keseluruhan pesakit yang sembuh sebanyak 32 kes.


Pengarang :