Tujuh warga Indonesia serta seorang warga Myanmar melakukan kesalahan melanggar PKP di Surau Qausar, Bukit Raja kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 28 Mac.
AGENSISELANGOR

PKP: Polis tahan warga asing solat jemaah di surau

SHAH ALAM, 29 MAC: Polis menahan lapan lelaki warga asing yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila solat Zuhur berjemaah, di Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata tujuh warga Indonesia serta seorang warga Myanmar itu melakukan kesalahan di Surau Qausar, Bukit Raja kira-kira jam 1.30 tengah hari.

“Semua suspek berusia 30 hingga 40 itu direman bermula hari ini hingga 1 April depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nurulhuda, Ops Covid-19 semalam turut menahan lapan individu lain atas kesalahan sama dan semua suspek termasuk empat warga tempatan itu ditahan bagi tindakan lanjut.

 


Pengarang :