AGENDANASIONAL

PLUS sahkan seorang kakitangan positif Covid-19

SHAH ALAM, 18 MAC: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan seorang kakitangannya yang bertugas sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Ebor disahkan positif jangkitan Covid-19 dan sedang dirawat di sebuah pusat perubatan kerajaan.

Agensi memaklumkan plaza masuk menghala ke Lebuhraya ELITE akan ditutup sementara selama sehari bermula tengah malam ini untuk kerja sanitasi dan pembersihan.

“PLUS juga mengarahkan semua kakitangannya yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan terbabit supaya mengadakan pemeriksaan dan saringan kesihatan serta dikuarantin,” menurut kenyataan itu yang turut memberi jaminan bahawa kerja disinfeksi dan pembersihan diadakan di plaza tol terbabit.

Katanya pelanggan dari Shah Alam, Batu Tiga serta kawasan sekitar yang menghala ke KLIA, Putrajaya dan selatan dinasihatkan supaya memasuki lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Seafield sepanjang tempoh penutupan tersebut.


Pengarang :