Selangorkini
Peniaga Restoran Al Falah Noori dibuka seperti biasa dengan kehadiran pelanggan yang berkurangan di Seksyen 20 Shah Alam pada 18 Mac 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

PM: Kekal di rumah elak tempoh kawalan dilanjutkan

SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan merayu orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada sepenuhnya di rumah agar wabak Covid-19 dapat dibendung.

Perdana Menteri dalam perutusan khas malam ini menegaskan tempoh kawalan selama dua minggu sehingga 31 Mac ini sangat penting diikuti.

“Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan.

“Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah
kepada virus Covid-19 dengan berada di rumah,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga menjelaskan tempoh berkenaan, yang bermula hari ini, diambil kerana virus Covid-19 memerlukan masa 14 hari untuk menunjukkan tanda-tanda serangan.

Perintah ini diambil bagi memutuskan rantaian jangkitan virus berkenaan yang melibatkan 197,575 orang termasuk 7,904 orang terkorban di seluruh dunia.


Pengarang :