AGENSISELANGOR

Polis nafi Selangor bakal laksana perintah kawalan sepenuhnya

SHAH ALAM, 27 MAC: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara menafikan mesej tular di media sosial yang mendakwa perintah kawalan sepenuhnya akan dilaksanakan di negeri ini berikutan peningkatan kes Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Polis Nurulhuda Mohd Salleh berkata pihaknya mendapati mesej tersebut ditularkan di Facebook dan WhatsApp yang turut menyatakan perintah itu telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Susulan itu, katanya, mesej itu meminta orang ramai menyimpan barang keperluan mencukupi sebagai persediaan menghadapi perintah kawalan tersebut.

“IPD Klang Utara menafikan sekeras-kerasnya pernah mengeluarkan sebarang mesej atau kenyataan seperti ditularkan tersebut,” katanya dalam  kenyataan hari ini.


Pengarang :