Anggota polis membuat sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal wabak Covid-19 di Lebuhraya Cheras – Kajang, Kajang pada 23 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Polis Selangor tahan 364 individu ingkar PKP

SHAH ALAM, 31 MAC: Polis Selangor menahan 364 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dikuatkuasakan 18 Mac lalu sehingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata tangkapan itu membabitkan 350 lelaki dan 14 wanita di seluruh negeri.

“Dalam pada itu, sebanyak 409 laporan polis dibuat berkaitan PKP. Daripada jumlah itu sebanyak 191 kes disiasat dan 364 tangkapan dibuat oleh Polis Kontinjen Selangor,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah tangkapan, lapan kes sudah dituduh mengikut Seksyen 186 iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Peraturan 7 (1) Peraturan-peraturan Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawalan Tempat Jangkitan) 2020.

Arjunaidi turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi arahan PKP dan tidak menimbulkan masalah.

Namun secara keseluruhan polis Selangor berpuas hati dengan pematuhan orang awam di negeri ini.

“Bagi PKP di Selangor sehingga ini, secara keseluruhan berjalan lancar dan kita mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dari sehari ke sehari cuba mematuhi PKP.

“Penugasan bersama Angkatan Tentera Malaysia, RELA serta agensi lain yang turut mendapat kerjasama baik daripada orang awam,” katanya.


Pengarang :