Selangorkini
EXCO SELANGOR

Program sijil halal lahir lebih 2,000 tenaga profesional

SHAH ALAM, 17 MAC: Program Halal International Selangor (HIS) menghasilkan 2,172 tenaga teknikal dan profesional dalam tempoh tiga tahun, kata EXCO pelaburan.

Dato’ Teng Chang Khim berkata program berkaitan niaga dan sijil halal itu menyasarkan 2,928 peserta merangkumi pelajar, pemain industri dan penguat kuasa.

“Lebih 80 peratus peserta yang menjalani program mendapati ia menepati objektif disasarkan,” katanya menjawab pertanyaan mulut Ahli Dewan Negeri Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi di Dewan Negeri Selangor hari ini.

HIS menambah dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mengenai halal kepada pemain industri juga membuka peluang pekerjaan.

Ia merangkumi dua komponen dalam eko-sistem industri halal iaitu pembangunan modal insan melalui latihan pra dan pasca pensijilan serta pembangunan industri melalui penilaian kesediaan pensijilan dan penilaian produk halal.


Pengarang :