Penduduk mengecat salah satu rumah tradisi di Kampung Cempaka, Petaling Jaya untuk dijadikan contoh tapak warisan. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin
ADNSELANGOR

Projek seni warnai Kampung Cempaka

SHAH ALAM, 11 MAC: Hampir 70 rumah tradisi di Kampung Cempaka, Petaling Jaya baru-baru ini terpilih menjayakan fasa pertama projek kampung seni bina berwarna-warni sebagai contoh tapak warisan.

Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin berkata kesemua rumah dicat dengan warna menarik berkonsep moden dan dipadankan bersama gaya retro.

“Saya bersama ketua kampung dan ahli majlis ingin menjadikannya kampung bandar yang menarik supaya penduduk dapat menikmati suasana lebih baik, cantik dan bersih.

“Pada masa sama, saya juga berharap terdapat pelawat yang singgah di kampung ini dan merangsang ekonomi tempatan,” katanya yang memaklumkan kampung tersebut antara tiga kampung baru terpilih di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sementara itu, Jamaliah berkata pihaknya turut menaik taraf pasar pagi, gelanggang bola keranjang dan pembinaan tandas awam baharu dengan kerjasama MBPJ sejak tahun lalu.


Pengarang :