Petugas memakai penutup hidung dan mulut ketika melakukan kerja pembersihan di kawasan Seksyen 13, Shah Alam pada 28 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Proses nyah cemar seluruh negara bermula Isnin ini

PUTRAJAYA, 28 MAC: Proses nyah cemar bagi membendung wabak Covid-19 akan dilaksana di seluruh negara bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata proses nyah cemar dilaksana oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setiap daerah itu akan menumpukan kepada kawasan berisiko tinggi terhadap jangkitan wabak itu, terlebih dahulu.

“Setakat ini, 11 proses nyah cemar dilakukan oleh DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) melibatkan 11 pasar.

“Hari ini proses nyah cemar juga dilaksana di kawasan Seri Petaling,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat menteri-menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Beliau berkata proses nyah cemar juga akan dilaksana di semua Projek Perumahan Rakyat (PPR).

– BERNAMA


Pengarang :