AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Rakyat Selangor Berdoa henti Covid-19, 30 Mac dan 2 April

SHAH ALAM, 28 MAC: Umat Islam di seluruh negeri ini diajak menyertai Rakyat Selangor Berdoa pada 30 Mac dan 2 April depan bagi memohon Allah mengangkat musibah wabak Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata penganjurannya dibuat selepas perbincangan bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor serta Majlis Agama Islam Selangor yang turut mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohd Shahzihan Ahmad berkata acara itu dijadual bermula jam 8.50 malam dengan imam masjid dan surau akan memperdengarkan zikir munajat melalui alat pembesar suara diikuti bacaan doa disediakan Jabatan Mufti Selangor.

“Ahli kariah dan umat Islam yang tidak dapat mendengar zikir serta doa dari masjid atau surau boleh mengikutinya melalui siaran langsung menerusi Facebook Masjid Negeri Selangor dan Bukit Jelutong.

“Kita berharap doa itu akan diamalkan selepas itu sebagai usaha untuk memohon daripada Allah untuk mengangkat wabak Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Pengarang :