Seorang lelaki yang mengenakan topeng mulut dan hidung mengayuh basikal di Jalan Merbau, Kampung Melayu, Ampang pada 21 Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan Covid-19. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
SELANGOR

Selangor catat 57 kes baharu positif Covid-19 semalam

SHAH ALAM, 26 MAC: Selangor mencatatkan 57 kes baharu positif Covid-19 semalam, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM).

Penambahan itu sekali gus menunjukkan peningkatan taburan kes daripada 378 kepada 435 setakat petang semalam.

Justeru Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi laman sosialnya terus menggesa penduduk di negeri ini patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Saya menyeru dan merayu kepada semua rakyat untuk duduk di rumah untuk menghentikan rantaian wabak ini,” tulisnya.

Setakat ini, jumlah kes positif Covid-19 di negara ini seramai 1,796 sehingga jam 12 tengah hari semalam, sementara kematian seramai 20 orang sehingga malam tadi.


Pengarang :