Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian bagi pembangunan projek `Selangor House’ dan `The Court Selangor’ di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 5 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

‘Selangor In A Day’ lembaran baharu pelancongan negeri

SHAH ALAM, 5 MAC: Pembangunan pusat informasi ‘Selangor House’ dan hotel butik ‘The Court’ membuka lembaran baharu industri pelancongan, perniagaan dan pelaburan di negeri ini, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Berkonsepkan ‘Selangor In A Day’ (SIAD), beliau berkata projek bernilai RM90 juta di atas tapak bangunan bersejarah milik negeri akan dimulakan selepas mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Warisan Negara.

“(Fasa pertama) SIAD akan dibuka pada suku ketiga tahun ini sebagai sokongan kepada Tahun Melawat Malaysia yang sedang berlangsung serta mempromosi Tahun Melawat Selangor 2021,” katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar selepas majlis menandatangani perjanjian pembangunan projek `Selangor House’ dan `The Court Selangor ‘ di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 5 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

‘Selangor House’ yang menjadi hab negeri dan gerbang ke Kuala Lumpur akan dibangunkan di bekas tapak Bangunan Muzium Muzik untuk pengunjung mendapatkan maklumat, mempamerkan peluang pelaburan, serta melihat usaha dibangunkan Kerajaan Negeri.

‘The Court’ berkonsepkan Modern Tropical British Colonial di tapak bangunan Mahkamah Perusahaan pula mengetengahkan elemen warisan, alam semula jadi, sejarah dan industri negeri.

Kerajaan Negeri dijangka menerima hasil sewaan bangunan bernilai RM37 juta dalam tempoh 30 tahun melalui projek berkenaan.

Terdahulu, Selangor diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Soffan Affendi Aminudin menandatangani memorandum perjanjian dengan Pengarah Urusan INADAY Sdn Bhd Munas Van Boonstra.

 

 

 

 

 

 

 


Pengarang :