EXCOSELANGOR

Selangor mahu wujud ‘green council’ tahun ini

SHAH ALAM, 7 MAC: Kerajaan Negeri bercadang menubuhkan ‘green council’ pada tahun ini bagi mendidik rakyat ke arah pelaksanaan teknologi hijau, kata EXCO alam sekitar.

Hee Loy Sian berkata ia akan diwujudkan secepat mungkin sekiranya belanjawan mencukupi sepanjang tahun ini.

“Dengan adanya majlis ini, ia dijangka memberi kesan positif kepada alam sekitar sekali gus selari dengan matlamat Negeri Pintar menjelang 2025.

“Pelaksanaannya sama seperti Pulau Pinang iaitu Penang Green Council dan Melaka (Perbadanan Teknologi Hijau Melaka),” katanya di sini semalam.


Pengarang :